top of page

PENGENALAN

Jiran Muda ditubuhkan sebagai satu cawangan di bawah Jawatan kuasa Rukun Tetangga, bertujuan untuk menarik dan melibatkan golongan remaja dalam aktiviti-aktiviti kejiranan dan pembangunan komuniti kearah mencapai objektif Rukun Tetangga. Di samping mewujudkan interaksi dan berkenalan di antara rakan sebaya khususnya dan di antara penduduk sejiran amnya. Tumpuan aktiviti juga adalah untuk menghindarkan mereka daripada gejala-gejala negatif seperti dadah, jenayah dan maksiat.

Golongan remaja merupakan satu kumpulan besar, cergas dan aktif dengan penuh tenaga dan ingin mencuba tetapi mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab. justeru itu, golongan remaja perlu dipimpin dan dilibatkan dalam pelbagai aktiviti yang sihat dalam menyemaikan benih-benih perpaduan dan kepimpinan dari awal lagi. Teras konsep Jiran Muda ialah remaja dalam kawasan Rukun Tertangga akan merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti demi untuk faedah para remaja khasnya dan masyarakat amnya.

JIRAN MUDA

TUJUAN JIRAN MUDA DIWUJUDKAN

Tujuan Jiran Muda diwujudkan ialah;_

  1. Membantu Rukun Tetangga mewujudkan peluang kepada penduduk setempat bertemu, berkenalan dan menjalinkan perhubungan baik antara satu sama lain

  2. Memberi latihan kepimpinan dan perkembangan jasmani, rohani, emosi dan sosial

  3. Memberi peluang untuk memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang kehidupan dalam masyarakat pelbagai budaya

PERANAN JIRAN MUDA

Peranan Jiran muda adalah:

  1. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan membangunkan Jiran Muda dalam Kawasan Rukun Tetangga disamping mewujudkan peluang berinteraksi dab bekenalan antara satu sama lain

  2. Membantu Jawatankuasa Rukun Tetangga melaksanakan aktivti-aktiviti kejiranan untuk memastikan semangat kejiranan dikalangan penduduk tempatan tidak terjejas.

  3. Mengadakan projek mengukuhkan dana Rukun Tetangga untuk membiayai aktiviti-aktiviti Jiran Muda

  4. Menghindarkan Jiran Muda dari anasir-anasir yang tidak dan mencegah mereka dari gejala-gejala sosial.

  5. Membantu menyebarkan dasar-dasar kerajaan kepada penduduk tempatan.

bottom of page