top of page

JIRAN TUNAS USIA

PENGENALAN

Jiran Tunas Usia ditubuhkan sebagai satu cawangan di bawah Jawatan kuasa Rukun Tetangga, bertujuan untuk menarik dan melibatkan golongan kanak-kanak dalam aktiviti-aktiviti kejiranan, pembangunan minda dan pembangunan komuniti kearah mencapai objektif Rukun Tetangga. Di samping mewujudkan interaksi dan berkenalan di antara rakan sebaya khususnya dan di antara penduduk sejiran amnya. Tumpuan aktiviti juga adalah untuk menghindarkan mereka daripada gejala-gejala negatif seperti dadah, jenayah dan maksiat disamping menyemai benih perpaduan antara rakan-arakan yang berbilang bangsa.

KRTSP amat komited terhadap penyemaian semangat perpaduan harus dipupuk sejak usia kecil lagi, kerana ketika ini jiwa kanak-kanak masih bersih serta mudah untuk menanam semangat cintakan negara dan kasih sayang antara manusia. Inaya merupakan asas kepada semangat pepaduan agar terus berkembang hingga ke usia dewasa.

TUJUAN JIRAN TUNAS USIA DIWUJUDKAN

Tujuan Jiran Tunas Usia diwujudkan ialah;_

  1. Membantu Rukun Tetangga mewujudkan peluang kepada penduduk setempat bertemu, berkenalan dan menjalinkan perhubungan baik antara satu sama lain

  2. Memberi latihan kepimpinan dan perkembangan jasmani, rohani, emosi dan sosial

  3. Memberi peluang untuk memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang kehidupan dalam masyarakat pelbagai budaya

  4. Mengenengahkan bakat kepimpinan dikalangan rakan didalam organisasi Jiran Tunas Usia

  5. Memupuk minda kanak-kanak agar lebih berdaya maju, kreatif, inovasi dan berilmu.

 

Peranan Jiran Tunas Usia

  1. Jiran Tunas Usia merupakan pelapis Jiran Muda, ia merupakan pewaris kepada perpaduan masyarakat.

  2. Menjadi perangsang dn dorongan kepada golongan dewasa untuk mengukuhkan perpaduan antara masyarakat.

bottom of page