top of page

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN RUKUN TETANGGA

RUKUN TETANGGA ADALAH SATU-SATUNYA PERTUBUHAN SOSIAL YANG DIWUJUDKAN DIBAWAH AKTA PARLIMEN. JUSTERU , UNTUK MENJAYAKAN RUKUN TETANGGA, AHLI-AHLI JAWATANKUASA PERLULAH MENGAMALKAN BEBERAPA PRINSIP ASAS DALAM MENGURUSKAN RUKUN TETANGGA.

PRINSIP ASAS TERSEBUT IALAH:

  1. PENERIMAAN.

    Penerimaan adalah nilai yamag amat dititik beratkan di dalam Gagasan 1 Malaysia . Menurut YAB Perdana Menteri Malaysia. "penerimaan memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa anda menerima sepenuhnyasesuatu secara positif" dan "terdapat perbezaan yang agak ketara diantara toleransi dan penerimaan kerana toleransi bermaksud seolah-olah anda tidak beberapa menyukai sesuatu perkara tetapi tetap menerimannay kerana tiada pilihan."

    Justeru, penerimaan di dalam konteks pengurusan rukun tetangga bermaksud, setiap ahli mestilah menerima kepelbagaian budaya, adat resam, telatah dan pesonaliti ahli-ahli yang lain dan mengambil iltizam untuk bekerjasama menjayakan rukun tetangga demi kebaikan semua.

  2. KETERANGKUMAN

    Pengurusan Rukun Tetangga perlu mengamalkan prinsip keterangkuman kerana ini akan melambangkan semangat permuafakatan dan perpaduan yang diharapkan oleh kerajaan. Pengurusan yang bersifat inklusif membabitkan penyertaan semua ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga.

  3. KESUKARELAAN

    Rukun Tetangga adalah pertubuhan sosial yang ditubuhkan di bawah akta Rukun Tetangga 2012, Ianya adalah organisasi bersifat sukarela. Justeru, ahli-ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga perlu mempunyai semangat sukarela dalam menguruskan Rukun Tetangga.

  4. BERTANGGUNGJAWAB

    Walaupun Rukun Tetangga adalah pertubuhan masyarakat yang bersifat sukarela, ini tidak bermakna ahli-ahli boleh bertindak sambil lewa sahaja. Setiap ahli mesti mengamalkan prinsip bertanggungjawab diatas pengurusan Rukun Tetangga untuk kebaikan semua.

Selain dari prinsip-prinsip diatas ada terdapat nilai-nilai murni yang harus wujud di dalam Pengurusan Rukun Tetangga

Antara nilai-nilai murni tersebut ialah:

 

Pengurusan Rukun Tetangga yang berlandaskan prinsip Kejujuran akan menjamin ketelusan dan tiada perselindungan dalam pengurusan Rukun Tentangga.

Kebolehan untuk berkerjasama di dalam satu kumpulan pengurusan adalah satu ciri-ciri yang wajib ada untuk memastikan kejayaan pengurusan Rukun Tetangga. Seseorang ahli yang berilmu tinggi dan berwatakan jujur tidak semestinya boleh bekerjasama didalam satu kumpulan. Kepincangan ini akan menyebabkan pengurusan menjadi tidak efektif.

Pengurusan yang berkesan adalah pengurusan yang terdiri dari ahli-ahli yang boleh dipercayai.

Bersikap adil di dalam pengurusan juga menjamin keberkesanan pengurusan Rukun Tetangga. Contoh adil adalah di mana pengurusan penyertaan semua kaum dan mendengar masalah dan pandangan mereka secara saksama.

Walaupun pengurusan seharusnya bermotivasi tinggi dan beprestasi tinggi, namun sifat kesabaran aslah amat perlu kerana sesuatu perubahan atau perancangan tidak akan berlaku dalam sekelip mata. Sebagi contoh, Kawasan Rukun Tetangga yang didiami oleh pelbagai kaum tidak boleh disatukan dan diintegrasikan dlam masa sehari atau seminggu.

  1. Kejujuran

  2. Bekerjasama

  3. Boleh dipercayai

  4. Adil

  5. Berkeyakinan.

    Pengurusan yang berkesan juga haruslah mempunyai keyakinan untuk mengendali Kawasan Rukun Tetangga itu dengan baik. Pengurusan tidak seharusnya bersikap was-was dan takut-takut dalam membuat keputusan atau melaksanakan keputusan yang dibuat.

  6. Bermotivasi tinggi.

    Pengurusan yang bermotivasi tinggi juga adalah amat diharapkan kerana motivasi adalah sebagai pendorong yang menentukan halatuju dan kejayaan sesebuah organisasi Rukun Tetangga

  7. Kesabaran

  8. Berdaya tahan.

    Berkait rapat dengan prinsip kesabaran ialah berdaya tahan. Pengurusan yang berdaya tahan kan sentiasa berdiri teguh dengan keputusan yang diambil dan tidak akan berganjak walaupun digertak oleh pelbagai pihakl.

  9. Bekerja secara berkumpulan.

    Bekerja secara berkumpulan atau teamwork adalah prinsip wajib diamalkan oleh setiap ahli pengurusan Rukun Tetangga. Ini bermakna Pengerusi mesti bekerjasama dengan semua ahli pengurusan dan juga dengan agensi luar yang berkait dengan Kawasan Rukun Tertangga.

  10. Bertanggunjawab.

    Prinsip bertanggungjawab ini perlu didalam pengurusan Rukun Tetangga. Keputusan mesyuarat umpamanya haruslah menjadi keputusan semua hali dan pengurusan harusbertanggunjawab ke atas setiap keputusan dan tindakan yang dibuat. Konsep Collective responsibility atau tanggungjawab bersama akan membuatkan pengurusan menjadi teguh dan perpaduan tersimpul kemas.

bottom of page