top of page

JIRAN WANITA

PENGENALAN

Jiran Wanita merupakan salah satu cawangan dibawah Jawatankuasa Rukun Tetangga Segar Perdana yang telah diwujudkan sejak penubuhannya. Ianya merupakan sayap kanan kepada AJK KRTSP untuk memperbanyakkan aktiviti khususnya bagi kaum wanita. Jiran wanita amat penting dalam setiap aktiviti yang digerakan oleh AJK, ianya merupakan pelengkap yang banyak membantu dalam menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan.

Dengan wujudnya jiran wanita ini ianya dapat mengenengah setiap potensi dan bakat wanita dalam apa jua bidang seterusnya mempertabatkan penglibatan wanita didalam pembangunan masyarakat, dari segi sosial, ekonomi, agama dan budaya. Jiran wanita KRTSP banyak menyumbang kepada perpaduan masyarakat setempat dengan gaya dan olahan mereka sendiri. Hubungan antara masyarakat yang mesra telah banyak mengeratkan perpaduan melalui aktivit yang dijalankan selaras dengan objektif Rukun Tetangga

 

TUJUAN JIRAN WANITA DITUBUHKAN

  1. Membantu usaha Jawatankuasa Rukun Tetangga mempelbagai dan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti dalam Kawasan Rukun Tetangga

  2. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti khusus bagi kaum wanita di Kawasan Rukun Tetangga dalam aktiviti-aktiviti pembangunan komuniti bagi membawa kesan kepada program pemupukan semangat kejiranan dikalangan penduduk setempat

PERANAN JIRAN WANITA

Peranan Jiran Wanita adalah seperti berikut:-

  1. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan khusus bagi kaum wanita serta meramaikan pengelibatan wanita didalam aktiviti Rukun Tetangga

  2. Membantu Jawatankuasa KRT melaksanakan aktiviti-aktiviti kejiranan untuk memastikan semangat kejiranan dikalangan penduduk tempatan tidak terjejas.

  3. Mengadakan projek yang boleh mengukuhkan dana Rukun Tetangga untuk membiayai aktiviti-aktiviti jiran wanita.

  4. Menangani masalah-masalah sosial di Kawan Rukun Tetangga seperti penagih dadah, jenayah di kalangan remaja, masalah ibu tunggal, penderaan isteri atau kanak-kanak dan seumpamanya.

  5. Membantu menyebarkan dasar-dasar kerajaan dan projek-projek kerajaan kepada penduduk setempat.

 

AHLI JAWANTAN KUASA JIRAN WANITA SESSI 2013/2014

Bil

Nama

Alamat

No Tel.

Jawatan

1

 

 

 

Pengerusi 

2

 

 

 

Timbalan Pengerusi

3

 

 

 

Setiausaha

4

 

 

 

Bendahari

5

 

 

 

AJK

6

 

 

 

AJK

7

 

 

 

AJK

8

 

 

 

AJK

9

 

 

 

AJK

10

 

 

 

AJK

11

 

 

 

AJK

12

 

 

 

AJK

13

 

 

 

AJK

14

 

 

 

AJK

15

 

 

 

AJK

16

 

 

 

AJK

THIS PAGE IS UNDER CONSTRUCTION

bottom of page